Salaam ukhuwah,
Pertamanya, syukur saya ke hadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah rahmat dan kasihnya saya masih diberi peluang untuk menghirup udara segar bumi ini dan dalam masa yan sama masih diberi kekuatan untuk menulis diruangan ini. Saya memohon maaf kepada mereka yang masih sudi melayari blog saya walaupun sudah beberapa hari saya tidak menghantar kiriman untuk blog. Walaupun saya maklumi tidak ramai yang mengunjungi blog saya. Namun berdasarkan kiraan yang dipaparkan di dalam blog saya. Saya pasti setiap hari paling kurang 5-6 orang yang membuka blog saya.
Pada mulanya saya begitu teruja untuk memiliki blog sendiri. Teruja nempunyai pembaca tetap saya sendiri. Teringin untuk menjadi seperti orang lain yang popular hanya disebabkan oleh blog yang mereka miliki. Namun apa yang saya harapkan tidak seperti dirancang, saya mulai menyelidiki kembali niat saya untuk mempunyai blog sendiri. Selama beberapa hari ini saya cuba menyelami hati saya sendiri. Adakah penghormatan manusia yang saya cari selama ini. Jika benar maka segala yang saya paparkan di dalam blog saya selama ini adalah topeng belaka bukan dari hati saya sendiri. Saya sedari dan insafi kekurangan diri. Saya mula mengadu pada Allah atas lemahnya diri.
Para pembaca sekalian, saya mohon maaf sekali lagi atas kekurangan diri. Saya cuba memperbetulkan kembali niat di dalam hati. Mohon doa dari pembaca semua agar hati ini tidak tersasar lagi. Semoga pengisian selepas ini benar-benar dari hati yang tulus suci. Semoga Allah sentiasa memandu diri. Dalam perjalanan mendakap kasih abadi.
P/S: Kepada pembaca sekalian saya akan cuba sedaya upaya untuk meng"update" laman blog saya sekerap mungkin. Namun atas pendirian bahawa setiap sesuatu kiriman itu perlu diteliti kandungannya sebelum dipaparkan saya mohon agar pembaca tidak jemu-jemu mengunjungi laman saya atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman.
Sekian salam ukhuwah kerana Allah.
Warkah Buat Pembaca
Posted by UKaSYaH.CoM at 21:14 0 comments
Labels: Pembangunan Diri
Keadilan dan Persamaan Hak
Wed Nov 21, 10:35 PM ET
STOCKHOLM, Sweden - A group of Swedish women is making waves by taking their tops off at public swimming pools in a protest against what they call gender-biased rules on swim wear.
About 40 women have joined the network and staged topless protests in at least three cities, said Sanna Ferm, 22, one of the founders of the group called Bara Brost, or Bare Breasts.
"The purpose of the campaign is to start a debate about why women's bodies are sexualized," Ferm said Wednesday. She said the fact that men can be bare-chested in public swimming pools but not women is "a concrete example of how women have fewer rights than men."
Reactions from other swimmers have ranged from support and encouragement to anger and even indifference, she said.The network was formed after two women who were swimming topless in a public swimming pool in Uppsala, north of Stockholm, were asked to cover up or leave.Women can sunbathe topless in the summertime at beaches around Sweden, which is known for its relaxed attitude toward nudity, but they are required to wear tops at public swimming pools.Inger Groteblad, a manager at the swimming facility in Uppsala, said it was a matter of security."We want to make sure that girls don't get subjected to sexual harassment," she was quoted as saying by tabloid Aftonbladet.The women have filed a complaint against the facility to Sweden's Equal Opportunities Ombudsman.
Apabila berbicara tentang soal persamaan hak, perkara lain yang akan berkait dengan perkara tersebut adalah konsep keadilan. Keadilan dan persamaan umpama aur dan tebing iaitu 2 perkara yang tidak mungkin dipisahkan. Namun Masih ramai yang keliru dengan definisi keadilan itu sendiri. Ramai yang mentakrifkan keadilan sebagai kesamarataan atau dengan bahasa yang mudah jika Si A mendapat RM2 maka Si B pun mesti mendapat RM2. Tapi bagaimana pulak jika Si A adalah orang yang kaya,harta melimpah ruah manakala si B pula papa kedana dan hidup melarat. Adakah adil namanya andai kita Memberi RM2 kepada Si A Dan Si B. sudah tentu ianya tidak adil Kerana adil menurut Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Makanya Si B perlu di beri bantuan lebih dari Si A.
Saya tertarik dengan isu yang telah dibangkitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang lepas berkenaan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada semua rakyat dimana ada pandangan yang meminta supaya subsidi ini dikaji balik kerana ianya tidak memberi kesan yang adil kepada pengguna yang miskin disebabkan subsidinya diberi kepada semua. Sebenarnya saya sangatlah gembira mendengar komen tersebut walaupun tidak pasti bila akan dirasai kesannya jika ada sebarang perubahan positif terhadap perkara tersebut. Cuma apa yang diharapkan sangat bahawa pandangan tersebut bukan cakap-cakap kosong perwakilan untuk meraih perhatian khusus pengundi, menjelang pilihanraya umum yang akan di adakan bila-bila masa sahaja.
When my arms can’t reach people close to my heart.I always hug them with my prayers.May allah’s peace be with you all.
Posted by UKaSYaH.CoM at 19:30 1 comments
Labels: Wanita
Kita Wajib Berusaha Tapi Hasilnya Terserah Kepada Allah
"Assalamualaikum Razif". Sapa Khalid kepada kepada kawannya razif.
Namun Razif tidak menyahut. "Assalamualaikum Razif". Khalid cuba bersuara lebih kuat bimbang jika ucapan salam yang diberikan sebelum ini tidak didengari oleh Razif.
"Razif, razif" Panggil khalid sambil menepuk bahu Razif.
"hah, ye ada apa". balas razif antara endah dan tidak.
"Kenapa dengan kau ni, Sudahlah ucapan salam aku tak berjawab, muka pula poyo jer".
"oh, kau khalid, kau ada beri salam tadi yer, Waalaikumsalam, maaflah aku ada masalah besar ni, pening kepala aku memikirkannya, rasa macam nak pecah jer ni".
"Kenapa ni, apa masalahnya".khalid cuba mencungkil masalah rakannya. sekurang-kurangnya beban yang dipikul Razif akan dapat dikurangkan jika menceritakan masalah tersebut kepadanya. "Entahla susah aku nak cakap". Razif membalas lemah.
"Kau tak mulakan memang susah," Khalid cuba membantu
"sekarang tarik nafas panjang-panjang dan cuba tenangkan fikiran kau."
"Baiklah aku cuba buat". Razif mula menampakkan tindakan yang positif.
"Bagaimana kau rasa sekarang,Ok tak?". kata Khalid.
"Hmm, ok sikit kot". Balas Razif sambil tersenyum hambar.
Begitulah lumrah hidup di dunia, ada pasang surutnya. Sedangkan laut lagikan bergelora inikan pula hati manusia. Masalah sentiasa akan melanda, tidak kira tua atau muda, tidak kira miskin atau kaya, tidak kira raja atau hamba, tidak kira bendahara raja atau rakyat biasa, semua pernah menghadapi masalah. hatta orang gila pun ada masalah tersendiri.
Masalah mempunyai banyak pengertian menurut kefahaman dan pendirian masing-masing tapi menurut saya yang serba kekurangan ini, Masalah adalah perkara-perkara yang tidak selari dengan keinginan kita atau bukan kemahuan kita yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa.
Apabila terjadi masalah, otak atau perasaan kita akan memberi tindakbalas terhadap perkara tersebut sama ada negatif atau positif dan kesannya bergantung kepada sejauh mana tindakbalas kita terhadap masalah tersebut. Mengapa terjadinya perkara-perkara yang berada diluar kawalan kita setelah kita bertungkus lumus merancang?.Ini Kerana semua hasil yang kita inginkan bergantung di tangan Allah bukan di tangan kita. "Kita wajib merancang tetapi tidak wajib berhasil". Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedangkan hakikat syariat melarang kita bersandar pada amal usaha tersebut, supaya kita tetap bersandar pada kurnia rahmat Allah.
"Kalau begitu tidak perlulah berusaha, serah sahaja pada takdir".Teringat kata-kata seorang hamba Allah apabila saya utarakan kenyataan "Kita Wajib berusaha tapi tidak wajib berhasil mendapatkan apa yang kita inginkan". Satu misalan yang telah saya utarakan kepada hamba Allah tersebut ialah jika Allah memakbulkan keinginan semua manusia, siapa yang hendak jadi nelayan, petani, pemandu teksi, pekerja buruh, penoreh getah dan sebagainya, kerana sudah tentu semua manusia inginkan kerja yang hebat-hebat. Nanti siapa yang hendak tangkap ikan, siapa yang nak menanam sayur dan sebagainya. Niat saya memberi misal ini bukan untuk menyuruh setiap orang malas berusaha. Berusaha memang wajib berusaha sedangkan Allah sendiri berfirman dalam al-quran yang bermaksud:
Posted by UKaSYaH.CoM at 17:19 0 comments
Labels: Akidah
"Itik Bertukar Jadi Ayam"
Tapi kini dia ingin mendalami bahasa melayu.
Perempuan New Zealand tersebut tercenggang.
Tak tahu macam mana boleh tersasul tertanya umur pulak.
Posted by UKaSYaH.CoM at 19:43 0 comments
Labels: Bahasa Jiwa Bangsa
Kisah Salah Bantal Dan Bangau Oh Bangau
Hari ini saya sangat pening kepala. Rasa macam nak tercabut tengkuk ni dek penangan bantal.
Saya membebel kepada diri sendiri."salah bantal lagi tak habis-habis salah bantal"
Tiba-tiba isteri saya mencelah "Abang bukan salah bantal bang tapi salah abang kot".
"Bantal tetap macam tu juga takder salah atau betul yer. Dah memang macam tu sejak dari beli.
kalau tak ok kita buang saja, ini ok lagi dan boleh digunakan."Isteri saya mula bersyarah.
Saya tersenyum sendiri. Memang salah saya pun, silap letak kedudukan bantal dengan betul.
Begitulah manusia sering sahaja mencari salah orang lain (termasuk saya pun :) apabila terjadi sesuatu perkara. Bila bercerita berkenaan dengan silap bantal saya teringat pula dengan lagu bangau oh bangau. Lagu yang begitu popular seawal tahun 70-an kalau tidak silap saya. Lirik lagu ini yang antara lain cuba berkias kepada sesetengah orang yang sering menuding jari mencari salah orang lain. Sebenarnya secara tidak sedar apabila kita menuding jari ke arah orang lain. satu jari menuding ke arah orang lain dan 4 jari menuding ke arah kita.
Apabila bercerita tentang topik ini teringat saya juga isu hadiah penyapu yang begitu hangat diperkatakan pada saat ini. Namun saya tidak mahu mengulas panjang isu tersebut. tapi mengharapkan kedua-dua belah pihak mencari jalan penyelesaian terhadap perkara berbangkit. Buang yang keruh ambil yang jernih. Elok rasanya ada yang mahu menjadi ular agar kisah itu akan cepat ditamatkan episodnya seperti lagu bangau oh bangau.
BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.
Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......
Posted by UKaSYaH.CoM at 21:34 0 comments
Benda Yang Paling Mahal Di Dunia
Suasana kelas agak lengang. Ustaz Ahmad masih mencatat sesuatu di papan hitam."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz ahmad."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.
Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz ahmad tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Ahmad hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Ahmad.
"Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz ahmad. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.
Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai. Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?.
Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.
Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.
Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang. Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Salam ukhuwah dari saya.
Posted by UKaSYaH.CoM at 18:57 1 comments
Labels: Pembangunan Diri
Salam Taaruf
Acapkali kaki ingin melangkah. Namun ada sahaja halangan yang mendatang.Sama ada dari diri atau keadaan yang memaksa. Namun semua itu hanya alasan negatif untuk mematahkan semangat untuk menulis. Teringat kata bidalan orang tua-tua "Hendak seribu daya kalau tak nak seribu dalih". Kalau hendak tunggu makanan terhidang di depan mata tanpa ada usaha yang kuat untuk mencari memang amat mustahil untuk diterima akal walaupun kita ada juga mendengar orang berkata ulat dalam batu pun boleh hidup inikan manusia. Namun kita mesti memahami secara jelas bahawa Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian dan tentulah menjadi sesuatu perkara yang amat membazir jika apa yang dianugerahkan kepada kita tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.Misalnya anugerah tulang empat kerat ini,antara salah satu fungsinya untuk kita bergerak dan mencari rezeki.Selain itu banyak lagi perkara-perkara yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita untuk kita laksanakan sebagai hamba di muka bumi ini.Saya teringat dengan sepotong ayat al-quran dalam surat At-Tinn yang antara lainya bermaksud:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan kelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (Jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu). kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
Saya sebagai insan biasa merasakan bahawa laman blog merupakan medium terbaik untuk saya berinteraksi dengan otak agar ilmu atau pengalaman yang saya perolehi sama ada masa kini atau masa lampau dapat disusun kembali dengan cara yang sistematik. Dalam masa yang sama sekurang-kurangnya ada khazanah kecil yang dapat saya tinggalkan untuk anak cucu apabila saya tiada kelak. Saya mengharapkan dengan kehadiran blog ini mampu menyemarakkan lagi pembudayaan ilmu dikalangan pembaca sekaligus menceriakan lagi arena penulisan blog di alam maya ini
Salaam taaruf dari Saya
Posted by UKaSYaH.CoM at 17:32 0 comments
Labels: Pengenalan