Showing posts with label Pembangunan Diri. Show all posts
Showing posts with label Pembangunan Diri. Show all posts

One Paragraph That Explains Life

   
Sunday, 3 February 2008


Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983. From world over, he received letters from his fans, one of which conveyed: "Why does GOD have to select you for such a bad disease"?
To this Arthur Ashe replied:

" The world over -- 50 million children start playing tennis, 5 million learn to play tennis,
500,000 learn professional tennis, 50,000 come to the circuit, 5000 reach the grand slam,
50 reach Wimbledon, 4 to semi final, 2 to the finals,
when I was holding a cup I never asked GOD 'Why me?'.
And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?' "

Happiness keeps you Sweet,
Trials keep you Strong,
Sorrow keeps you Human,
Failure keeps you humble and Success keeps you glowing,
but only Faith & Attitude Keeps you going...

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1429H

   
Wednesday, 9 January 2008


Salam Maal Hijrah dari Saya untuk Pembaca semua,

Didoakan agar anda semua sentiasa berada di dalam kemanisan iman hendaknya.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Kini kita telah melangkah ke tahun baru 1429H. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan bekas kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W
Mungkinkah kita antara umatnya yang terasa akan kehadiran tahun baru ini dengan sebenar-benarnya ataupun hanya merasakan hari ini adalah sama seperti hari-hari lain yang kita lalui. Paling tidak pun adakah kita antara mereka yang memberi ucapan selamat menyambut maal hijrah ataupun kita pula yang terpaku bila orang mengucapkannya dan lantas berkata "dah satu Muharam ker?,tak sedar pulak,rasa baru semalam jer raya".dan jangan sampai ada pulak yang mengatakankan muharram tu apa..bulan haram ker?..
Dalam masa yang sama dengan kedatangan bulan ini maka akan banyaklah aktiviti keagamaan yang dianjurkan untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini namun dalam masa yang sama perlu ada daya usaha yang dilakukan untuk menilai keberkesanan setiap program yang dianjurkan. Jangan hanya gah pada nama dan ahli panel penceramah sahaja. Selepas program tersebut masjid sunyi kembali. Apakah ini yang kita mahukan?Saya tidak mengatakan bahawa majlis tersebut hanya sia-sia malah saya amat mengalakkan malah kalau boleh seperti ingin mewajibkan namun janganlah ianya berakhir dengan kepuasan menganjurkan program dan tidak lebih dari itu. Apakah peranan kita selepas mendengar ceramah dan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. adakah hanya dengan menunggu malaikat turun dari langit baru kita hendak memperbaiki diri dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
Apa yang saya perkatakan di sini sebenarnya merujuk kepada diri saya sendiri dan kepada pembaca semua renungkanlah dan jika ada kebaikan ambillah sebagai pedoman. Kita semua ada peranan tidak kiralah kita orang kecil atau kita orang besar. Jika semua orang berperanan dengan sebaiknya dan menurut apa yang ditetapkan oleh Allah saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh berjaya. Saya yakin dan percaya masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.
Namun sebenarnya cabaran yang lebih besar yang saya rasakan setiap orang berperanan untuk memikulnya ialah bagaimana untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.Hijrah merupakan medium terbaik bagi kita untuk mengorak langkah menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat. Saya lebih suka mengambil pendirian yang paling utama iaitu ubahlah diri dahulu jika kita ingin mengubah orang lain. Islam tidak hanya akan tertegak dengan teori sahaja tetapi tindakan yang jelas mengikut al-quran dan sunnah itu yang akan menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.


Selamat menyambut maal hijrah 1429H

Apakah Azam Anda Pada Tahun Ini?

   
Tuesday, 1 January 2008


Salaam Ukhuwah kepada pembaca budiman,

Menjelangnya tanggal tahun baru di seluruh dunia pelbagai sambutan dan perayaan diadakan untuk menyambut ketibaan saat tersebut. Majoriti aktiviti yang diadakan kebanyakannya menonjolkan imej hiburan dan parti hingga ke pagi. Jarang sekali di temui majlis-majlis yang mengajak kita merenung kembali dan bermuhasabah diri tentang tujuan kehidupan ini .jika sambutan tahun baru sudah mengajak kita lalai dan leka dengan dunia. adakah sepanjang tahun tersebut kita juga akan terus lalai dan terleka. Seringkali terdetik dalam hati saya bilakah agaknya majlis-majlis yang boleh dikatakan memartabatkan hiburan secara total dapat dilenyapkan terus dari bumi malaysia yang bertuah ini. Apa untungnya majlis-majlis sebegini dianjurkan. Apakah inikah caranya modal insan yang akan digarapkan ke dalam benak fikiran anak warisan kita. Saya bukanlah menolak hiburan secara total namun fikiranlah wahai bangsaku inikah yang dikatakan kemajuan dan pemodenan. Tidak perlu rasanya memperkatakan kesan jangka pendek atau kesan jangka panjang kerana kesannya mulai terasa saat ini.
Mahu merubah masyarakat yang kini lebih berorientasikan hiburan amat sukar. Lihat sahaja rancangan tv seperti akademik fantasia yang mendapat tempat bukan sahaja golongan remaja malahan warga tua juga menonton rancangan tersebut. Juga bagaimana isi kandungan radio yang menjadi radio no 1 di malaysia. Berapa banyak kandungan berbentuk ilmiah diperdengarkan kepada para pendengar. Saya tidak nafikan kesedaran tentang peri pentingnya menjana ciri keilmuan dan keislaman sudah mulai merata. Banyak pihak terutamanya pihak kerajaan dan pembangkang berusaha bersama-sama untuk memastikan islam itu sendiri tertegak di Malaysia. Walaupun nada tidak sekata namun saya pasti di hati nurani masing-masing mahu melihat islam berjaya. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini cuma hanya ingin melontar pertanyaan kepada pembaca. Apakah azam anda pada tahun ini?.



Warkah Buat Pembaca

   
Monday, 26 November 2007

Salaam ukhuwah,

Pertamanya, syukur saya ke hadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah rahmat dan kasihnya saya masih diberi peluang untuk menghirup udara segar bumi ini dan dalam masa yan sama masih diberi kekuatan untuk menulis diruangan ini. Saya memohon maaf kepada mereka yang masih sudi melayari blog saya walaupun sudah beberapa hari saya tidak menghantar kiriman untuk blog. Walaupun saya maklumi tidak ramai yang mengunjungi blog saya. Namun berdasarkan kiraan yang dipaparkan di dalam blog saya. Saya pasti setiap hari paling kurang 5-6 orang yang membuka blog saya.

Pada mulanya saya begitu teruja untuk memiliki blog sendiri. Teruja nempunyai pembaca tetap saya sendiri. Teringin untuk menjadi seperti orang lain yang popular hanya disebabkan oleh blog yang mereka miliki. Namun apa yang saya harapkan tidak seperti dirancang, saya mulai menyelidiki kembali niat saya untuk mempunyai blog sendiri. Selama beberapa hari ini saya cuba menyelami hati saya sendiri. Adakah penghormatan manusia yang saya cari selama ini. Jika benar maka segala yang saya paparkan di dalam blog saya selama ini adalah topeng belaka bukan dari hati saya sendiri. Saya sedari dan insafi kekurangan diri. Saya mula mengadu pada Allah atas lemahnya diri.

Para pembaca sekalian, saya mohon maaf sekali lagi atas kekurangan diri. Saya cuba memperbetulkan kembali niat di dalam hati. Mohon doa dari pembaca semua agar hati ini tidak tersasar lagi. Semoga pengisian selepas ini benar-benar dari hati yang tulus suci. Semoga Allah sentiasa memandu diri. Dalam perjalanan mendakap kasih abadi.

P/S: Kepada pembaca sekalian saya akan cuba sedaya upaya untuk meng"update" laman blog saya sekerap mungkin. Namun atas pendirian bahawa setiap sesuatu kiriman itu perlu diteliti kandungannya sebelum dipaparkan saya mohon agar pembaca tidak jemu-jemu mengunjungi laman saya atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sekian salam ukhuwah kerana Allah.

Benda Yang Paling Mahal Di Dunia

   
Sunday, 18 November 2007

Suasana kelas agak lengang. Ustaz Ahmad masih mencatat sesuatu di papan hitam."Tajuk pelajaran kita pada pagi ini ialah Benda yang paling mahal di dunia" Kata ustaz ahmad."Ustaz macam teka teki jer". terdengar suara menyapa dari belakang kelas.

Kelas mulai riuh. Ada yang tersenyum, ada yang tersengih, ada yang tertawa. Masing-masing tertanya mengapa tajuk ini yang dipilih sedangkan tajuk ini tiada langsung dalam senarai matapelajaran untuk tahun ini. Ustaz ahmad tersenyum lantas bertanya satu soalan kepada pelajar yang berada dihadapan beliau.
"Apakah agaknya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini?"
"Emas kot"Pelajar tersebut menjawab.
"Rasanya Permata berlian" .Pelajar disebelahnya pula menambah.
"Kereta Ferrari".Teriak pelajar yang lain pula.
Ustaz Ahmad hanya tersenyum. Semua mata pelajar tertumpu kepadanya, yang pasti semuanya menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Ahmad.

"Benda yang paling mahal dalam dunia ini ialah Hati yang tenang". lancar sahaja jawapan dari mulut ustaz ahmad. Semuanya terdiam dan ada yang mengangguk tanda setuju.

Ya benda yang paling mahal sekali dalam dunia ini adalah hati yang tenang.Tanyalah sesiapa pun dari penarik beca sampailah kepada raja yang memerintah negara. semua orang ingin memiliki hati yang tenang dan damai. Mengapakah hati yang tenang menjadi benda yang paling mahal sekali di dunia?.

Jawapannya kerana manusia terpaksa berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan pelbagai cara lagi. itu kira boleh di terima syariah namun yang sedihnya ada yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya satu matlamat iaitu untuk menenangkan hati. walaupun adakalanya mereka tidak sedar tujuan mereka berbuat begitu. Alasan mudah mereka ialah mereka nak enjoy atau bersuka ria atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka. Semuanya berkait dengan hati kerana hati lah punca segalanya.


Jawapan yang keduanya ialah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi mini neraka jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Saya membangkitkan soal hati ini kerana ianya merupakan nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkan dari di curi orang. Tetapi jarang kita jaga hati kita dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tapi secara kita tidak sedar. Hati kita dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya dengan betul-betul kita akan lihat mangsa-mangsa yang kena curi hatinya di kelab-kelab malam, di shopping-shoping complex, melepak tanpa arah tujuan dan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya orang yang bernama muslim berada.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Salam ukhuwah dari saya.

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger