Christmas Casual

   
Monday 31 December 2007

Sekian Lama saya tidak menjengah blog dan sekian lama juga saya tidak mengirimkan berita buat pembaca. Namun saya tidak bimbang jika ada pembaca yang tidak lagi melawat blog saya atau mulai menghilang dari memberi komen. Saya bukan penyanyi untuk dipuja, bukan pelakon untuk dipuji atau penyair untuk dibangga. saya adalah saya yang menulis untuk mencari diri dan mencari makna kehidupan ini. Jika ada yang berguna buatlah sebagai bekalan untuk menempuh kehidupan ini dan jika ada kekurangan berilah komen dan pandangan, moga saya tidak tersalah arah mencari jalan pulang menghadap tuhan.

Tentu ada yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Saya tidak menghilang sebenarnya cuma saya mengambil kesempatan sempena christmas pada tahun ini untuk menambah pendapatan keluarga dan mencari pengalaman berharga dengan bekerja di Royal Mail. Sudah semestinya perkara ini telah dibincangkan bersama isteri saya sebelum saya mengambil keputusan untuk bekerja di Royal Mail. Perkara yang berbangkit sudah tentu berkenaan dengan siapa yang mahu menjaga anak kami. Setelah bermuzakarah antara suami isteri akhirnya saya dapat juga bekerja di Royal Mail. Niat bukan mengabaikan keluarga tapi sebagai ketua keluarga, aspek kewangan perlu di ambil kira.

Maka jadilah saya antara beribu-ribu santa claus yang menghantar surat dan bungkusan hadiah kepada penduduk di united kingdom. Pengalaman menguruskan berrjuta-juta surat setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah diungkapkan. Kita bertanggungjawab dengan setiap surat dan bungkusan yang kita kendalikan. Ini bermakna kejujuran amat penting bagi mereka yang ingin menjalankan tugas sebegini. Setiap tahun Royal Mail menghadapi kerugian berjuta-juta pound disebabkan surat atau bungkusan berharga tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya.

Terkadang ada juga peristiwa yang mengelikan hati dimana pengirim hanya menulis nama dan bandar sahaja pada sampul surat dan selebihnya ayat yang tertulis adalah " This is the only address i have but i hope you will try to find this person as best as you can because this letter is very important to him". Bagaimanalah saya dapat menunaikan permintaan anda. adakah perlu saya menjerit pada setiap rumah dan lorong untuk memanggil tuan empuya surat ini. Nanti ramai pulak yang mengatakan pekerja royal mail gila. Rasa geli hati dan kasihan pun ada. Ada juga yang menulis nama sahaja pada sampul surat. "Agaknya surat cinta kot "detik hati saya. "Maka sesiapa yang namanya sama dengan nama yang tertera di sampul surat boleh membuka surat tu". Tiba-tiba kawan saya pulak menyampuk apabila saya menyuakan surat tersebut kepadanya. Kami tergelak bersama. Begitulah antara kenangan yang mencuit hati saya sepanjang bekerja di Royal Mail.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger