Salaam Ukhuwah kepada pembaca budiman,
Menjelangnya tanggal tahun baru di seluruh dunia pelbagai sambutan dan perayaan diadakan untuk menyambut ketibaan saat tersebut. Majoriti aktiviti yang diadakan kebanyakannya menonjolkan imej hiburan dan parti hingga ke pagi. Jarang sekali di temui majlis-majlis yang mengajak kita merenung kembali dan bermuhasabah diri tentang tujuan kehidupan ini .jika sambutan tahun baru sudah mengajak kita lalai dan leka dengan dunia. adakah sepanjang tahun tersebut kita juga akan terus lalai dan terleka. Seringkali terdetik dalam hati saya bilakah agaknya majlis-majlis yang boleh dikatakan memartabatkan hiburan secara total dapat dilenyapkan terus dari bumi malaysia yang bertuah ini. Apa untungnya majlis-majlis sebegini dianjurkan. Apakah inikah caranya modal insan yang akan digarapkan ke dalam benak fikiran anak warisan kita. Saya bukanlah menolak hiburan secara total namun fikiranlah wahai bangsaku inikah yang dikatakan kemajuan dan pemodenan. Tidak perlu rasanya memperkatakan kesan jangka pendek atau kesan jangka panjang kerana kesannya mulai terasa saat ini.
Mahu merubah masyarakat yang kini lebih berorientasikan hiburan amat sukar. Lihat sahaja rancangan tv seperti akademik fantasia yang mendapat tempat bukan sahaja golongan remaja malahan warga tua juga menonton rancangan tersebut. Juga bagaimana isi kandungan radio yang menjadi radio no 1 di malaysia. Berapa banyak kandungan berbentuk ilmiah diperdengarkan kepada para pendengar. Saya tidak nafikan kesedaran tentang peri pentingnya menjana ciri keilmuan dan keislaman sudah mulai merata. Banyak pihak terutamanya pihak kerajaan dan pembangkang berusaha bersama-sama untuk memastikan islam itu sendiri tertegak di Malaysia. Walaupun nada tidak sekata namun saya pasti di hati nurani masing-masing mahu melihat islam berjaya. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini cuma hanya ingin melontar pertanyaan kepada pembaca. Apakah azam anda pada tahun ini?.
0 comments:
Post a Comment