Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Antara Keletah Anak Dan Karenah Ibu Bapa

   
Monday, 28 January 2008

Salaam ukhuwah kepada pembaca semua.

Kepada mereka yang berkeluarga dan sudah mempunyai anak. Melayani keletah dan karenah anak-anak merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh ibu bapa. Kalau tidak bijak mengendalikannya kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang kadang kala tidak masuk di akal di mana ada sampai mendera malahan ada yang sampai membunuh anak tersebut nauzubillahillah. Apabila kita renung kembali dan fikirkan dengan serasional mungkin. Mana mungkin kanak-kanak kecil yang baru mengenal erti hidup ini tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka belajar melalui input yang diberi oleh ibu bapa mereka juga pemerhatian kepada persekitaran termasuklah Tv yang saya fikir merupakan medium utama yang menjadi panduan buat kanak-kanak. Ibu bapa pada dasarnya ingin menggunakan Tv sebagai salah satu cara mereka mengalihkan perhatian kanak-kanak dari ibu bapa sementelaah mereka membuat kerja-kerja yang perlu dilakukan. Namun tanpa mereka sedari maklumat yang diperolehi dari TV telah menjadi maklumat penting kepada pengembangan pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Mungkin ada kana-kanak yang bertuah jika mempunyai ibu bapa yang mengawal dan memerhatikan jenis program yang disiarkan di TV. tapi kebanyakanya hanya membiarkan kanak-kanak tersebut menonton tapi ada kawalan yang rapi. Maka jadilah kanak-kanak tersebut lebih berminat kepada idola-idola Tv mereka berbanding ibu bapa mereka. Mana kala ibu bapa yang kini lebih menumpukan kepada aspek untuk mencari rezeki dan kekayaan dalam usaha untuk meemperbaiki tahap hidup menganggap keletah anak-anak seolah-olah hanya beban untuk mereka. Anak-anak sering sahaja dianggap sebagai pelepas segala tekanan hidup. Jika anak-anak tidak mampu membuat apa yang diharapkan maka akan ada habuan sama ada berbentuk tekanan mantel atau fizikal. Ataupun apabila ada sesetengah kehendak anak tidak dapat dipenuhi maka akan ada anggapan bagi sesetengah ibu bapa bahawa anak tersebut mengada-ngada dan sengaja buat perangai. Saya berpandangan bahawa ibu bapa perlu menyelidiki dengan cara yang penuh hikmah mengapa anak tersebut bersikap demikian dan jangan mengambil sikap "jump to conclusion" tanpa mengetahui punca anak bersikap sedemikian. Pernah satu kes berlaku dimana seorang ibu menghadapi anak yang takut sangat untuk memasuki tandas. Apabila hendak diajak mandi sering sahaja menangis atau memberontak.Pada mulanya si ibu hanya memarahi anak tersebut namun apabila perkara tersebut sering sahaja berulang. dia mulai mengesyaki sesuatu.Ini kerana sebelum ketibaan pembantu rumah baru anaknya tidak pernah bersikap sedemikian. Setelah diselidiki rupanya pembantu rumah sering mendera anaknya dan menjadikan tandas sebagai tempat penderaan. Ini merupakan contoh antara berjuta-juta contoh yang berlaku hari ini.Saya tidak mahu menyatakan diri ini serba sempurna. Saya juga banyak kekurangan khususnya dalam pendidikan anak-anak cuma marilah kita bersama-sama mengawal amarah kita apabila berhdapan dengan karenah anak-anak.Mungkin satu perkara yang boleh dikongsikan bersama pembaca, sekiranya anak kita menangis atau melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan maka eloknya banyak-banyak bertasbih. Sekurang-kurangnya kita dapat menghalau syaitan yan cuba menghasut kita dan mengoda anak kita.

Baby-Sitter Di Bumi UK

   
Sunday, 2 December 2007


Salaam Ukhuwah untuk semua.

Hujan baru sahaja berhenti, Fenomena alam yang menambahkan lagi kesejukan di bumi uk ini.
Di saat saya menulis dalam ruangan blog ini, pada masa yang sama saya sedang memangku anak saya yang baru lapan minggu di lahirkan ke dunia ini. Ini adalah antara tugas-tugas rutin saya sementara isteri tekun menghadap pelajaran demi untuk mencapai cita-citanya. Begitulah kami di sini, dalam semangat mengejar cita-cita banyak perkara perlu dikorbankan. Semoga anak kami tidak menjadi korban,walaupun terkadang anak kami tidak mendapat sepenuh perhatian. Alhamdulilah kerja saya yang agak fleksibel memberikan saya banyak ruang
untuk saya memberi waktu kepada anak saya berbanding isteri yang banyak menumpukan penyelidikannya setelah banyak yang tertangguh dek kelahiran anak kami.
Dahulu ketika saya masih bujang, saya sibuk melaungkan kepada keluarga dan rakan-rakan betapa pentingnya untuk menjadi bapa yang baik, betapa pentingnya sabar dalam menghadapi karenah anak-anak kini saya mula mengunyah kembali apa yang saya lontarkan.
Terasa mudah untuk berteori namun apabila kenyataan berada di depan mata segalanya tidak semudah yang diperkatakan. Kita mungkin boleh berbangga dengan bermacam-macam teori yang kita hafal dan keluarkan dari mulut kita namun kita belum tentu mampu untuk mempraktikkannya dengan sebaik mungkin. Ini baru lapan minggu saya sudah berkira-kira dengan cabaran dan karenah yang saya sedang hadapi. Belum lagi lapan tahun,lapan belas tahun, 28 tahun. semuanya menuntut ilmu dan pengetahuan yang bukan sedikit dalam menghadapi karenah anak-anak. Ini baru satu nanti bagaimana kalau ada 2,3,4,5,6 dan seterusnya. Jika sebelum ini saya pernah memberitahu isteri saya bahawa paling kurang saya mahukan 7 orang anak. Tapi kini saya mula berkira-kira tentang bilangan anak yang ingin kami perolehi. Apa yang saya fikirkan sekarang bukan kuantiti tapi kualiti. Jika seandainya anak pertama ini berjaya di didik dengan usaha dan cara terbaik insya'allah yang lain akan menyusul.
Apa yang ingin saya bangkitkan disini bukanlah luahan perasaan ataupun mahu berkongsi masalah namun sebagai satu perkongsian pengalaman dari saya untuk anda pembaca budiman sekalian. Mungkin kisah ini terlalu kecil cabarannya berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih dari sedozen anak tapi mungkin boleh menjadi pengajaran berguna bagi mereka yang berura-ura melahirkan anak di rantau orang. Di sini tiada emak dan ayah sebagai pemandu zahir, yang ada hanya suara mereka yang mengarahkan itu dan ini dan dalam masa yang sama internet menjadi medium utama untuk mencari maklumat. Tidak dinafikan perkhidmatan NHS sangat membantu di saat kami di sini. namun mereka tidak boleh duduk di depan kami 24 jam. Di saat ini juga kawan-kawan yang berpengalaman dalam soal ini sangat-sangat berempati jika kami menghadapi masalah.
Minggu lepas kami mengunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Di London untuk mendaftar sijil kelahiran dan mendapatkan pasport untuk anak kami. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 3 jam benar-benar menguji kesabaran kami sebagai ibu bapa baru. Pengalaman menukarkan nappies di dalam bas antara pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. Adakala rasa nak gelak pun ada bila mengenangkan kembali saat itu. isteri saya pula kini sudah semakin lali menyusukan bayinya menggunakan susu badan. Jangan ditanya bagaimana, bagi mereka yang belum melaluinya. insya'allah kelak bagi bakal ibu-ibu, anda akan belajar dengan pengalaman ataupun keadaan yang akan mengajar anda.
Perjalanan di tengah bandaraya London mengendong bayi di depan dada saya mengundang pertanyaan dan senyuman dari orang di sini. Memang agak jarang melihat ibu bapa di sini membawa anak mereka dengan cara mengendong. Biasanya mereka membawa anak dengan menggunakan Pram. Selain itu sesuatu yang pada saya begitu baik untuk dicontohi ialah pihak berkuasa di sini amat menitik beratkan soal keselamatan anak-anak kecil di dalam kereta khususnya bayi di mana mereka mewajibkan ibu bapa memasang tempat duduk keselamatan khusus untuk anak-anak kecil. Ini merupakan salah satu langkah ke depan yang dapat mengelakkan berlakunya kecederaan teruk kepada anak-anak kecil.

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger