Antara Keletah Anak Dan Karenah Ibu Bapa

   
Monday 28 January 2008

Salaam ukhuwah kepada pembaca semua.

Kepada mereka yang berkeluarga dan sudah mempunyai anak. Melayani keletah dan karenah anak-anak merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh ibu bapa. Kalau tidak bijak mengendalikannya kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang kadang kala tidak masuk di akal di mana ada sampai mendera malahan ada yang sampai membunuh anak tersebut nauzubillahillah. Apabila kita renung kembali dan fikirkan dengan serasional mungkin. Mana mungkin kanak-kanak kecil yang baru mengenal erti hidup ini tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka belajar melalui input yang diberi oleh ibu bapa mereka juga pemerhatian kepada persekitaran termasuklah Tv yang saya fikir merupakan medium utama yang menjadi panduan buat kanak-kanak. Ibu bapa pada dasarnya ingin menggunakan Tv sebagai salah satu cara mereka mengalihkan perhatian kanak-kanak dari ibu bapa sementelaah mereka membuat kerja-kerja yang perlu dilakukan. Namun tanpa mereka sedari maklumat yang diperolehi dari TV telah menjadi maklumat penting kepada pengembangan pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Mungkin ada kana-kanak yang bertuah jika mempunyai ibu bapa yang mengawal dan memerhatikan jenis program yang disiarkan di TV. tapi kebanyakanya hanya membiarkan kanak-kanak tersebut menonton tapi ada kawalan yang rapi. Maka jadilah kanak-kanak tersebut lebih berminat kepada idola-idola Tv mereka berbanding ibu bapa mereka. Mana kala ibu bapa yang kini lebih menumpukan kepada aspek untuk mencari rezeki dan kekayaan dalam usaha untuk meemperbaiki tahap hidup menganggap keletah anak-anak seolah-olah hanya beban untuk mereka. Anak-anak sering sahaja dianggap sebagai pelepas segala tekanan hidup. Jika anak-anak tidak mampu membuat apa yang diharapkan maka akan ada habuan sama ada berbentuk tekanan mantel atau fizikal. Ataupun apabila ada sesetengah kehendak anak tidak dapat dipenuhi maka akan ada anggapan bagi sesetengah ibu bapa bahawa anak tersebut mengada-ngada dan sengaja buat perangai. Saya berpandangan bahawa ibu bapa perlu menyelidiki dengan cara yang penuh hikmah mengapa anak tersebut bersikap demikian dan jangan mengambil sikap "jump to conclusion" tanpa mengetahui punca anak bersikap sedemikian. Pernah satu kes berlaku dimana seorang ibu menghadapi anak yang takut sangat untuk memasuki tandas. Apabila hendak diajak mandi sering sahaja menangis atau memberontak.Pada mulanya si ibu hanya memarahi anak tersebut namun apabila perkara tersebut sering sahaja berulang. dia mulai mengesyaki sesuatu.Ini kerana sebelum ketibaan pembantu rumah baru anaknya tidak pernah bersikap sedemikian. Setelah diselidiki rupanya pembantu rumah sering mendera anaknya dan menjadikan tandas sebagai tempat penderaan. Ini merupakan contoh antara berjuta-juta contoh yang berlaku hari ini.Saya tidak mahu menyatakan diri ini serba sempurna. Saya juga banyak kekurangan khususnya dalam pendidikan anak-anak cuma marilah kita bersama-sama mengawal amarah kita apabila berhdapan dengan karenah anak-anak.Mungkin satu perkara yang boleh dikongsikan bersama pembaca, sekiranya anak kita menangis atau melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan maka eloknya banyak-banyak bertasbih. Sekurang-kurangnya kita dapat menghalau syaitan yan cuba menghasut kita dan mengoda anak kita.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger