Dimana Sharlinie?

   
Thursday 24 January 2008



Apabila menatap wajah sharlinie, pasti akan timbul rasa kesayuan dihati kita. Gadis kecil yang baru ingin belajar memahami erti hidup tiba-tiba telah dipaksa masuk ke dunia baru yang dia tidak pernah kenali dan tidak dimengertikannya. Dunia di mana dia tidak merasai belai kasih ibu dan pelukan erat ayah. Apakah salahnya sehingga ada manusia yang sanggup mencuri masa depannya. Dia perlu hidup demi untuk ibu bapa dan keluarganya. Mereka masih memerlukan senyum tawa dan kehadirannya. Semua itu sedikitpun tidak pernah menyentuh hati orang yang bertanggungjawab menculiknya dari bumi nyata ke bumi yang sharlinie sendiri tidak pernah kunjungi. Itu hanya telahan saya, namun saya sangat mengharapkan bahawa telahan saya tidak tepat. Saya sangat mengharapkan bahawa sharlinie bukan di culik tetapi hanya tersalah jalan atau terikut orang yang sengaja mengambilnya sebagai kawan. Namun kita mungkin boleh mengantung sebarapa banyak doa dan harapan namun yang pasti semuanya terpulang kepada takdir ilahi untuk menentukannya.
Apabila terbaca kisah sharlinie di dada akhbar saya rasa sedih sebenarnya. Agaknya selepas ini anak siapa pula yang akan menjadi mangsa. Seolah-olah rasa pasrah lebih mengatasi rasa kekuatan untuk beriktihar. kenapa rasa itu boleh timbul?.Ini kerana tragedi dan kes kehilangan anak kecil kerap sangat berlaku dan semacam tiada jaminan dari pihak berkuasa dan keadaan persekitaran untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Saya bukan ingin menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Setiap pihak saya pasti bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Begitu juga dengan nyawa anak-anak kecil yang terkorban sebelum ini, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab atas nyawa mereka yang melayang. Saya mengatakan begitu kerana memikirkan bahawa tiada tindakan susulan yang padu diambil apabila sesuatu perkara berlaku. Bukan setakat pihak polis sahaja malahan masyarakat sendiri seolah-olah tidak mengambil pusing dengan apa yang berlaku. Tidak mengambil pusing dalam erti kata mencari jalan penyelesaian yang benar-benar wajar untuk memastikan keadaan tersebut tidak berulang.
Kita boleh menubuhkan GERAK untuk menghapuskan rasuah . Kita boleh menubuhkan PROTES untuk menentang kenaikan harga barang tapi isu kanak kecil siapa yang bertindak?.Saya tidak nafikan bahawa banyak pihak berperanan menangani isu ini malahan isu ini sudah menjadi agenda nasional. tapi mengapa tiada satu jawatankuasa pun dibentuk untuk menangani isu ini.Isu ini adalah isu KESELAMATAN DAN NYAWA. Walaupun NURIN ALERT (Nationwide Urgent Response Information Network ) sibuk dibincangkan tapi mana kesannya. Cuba perhatikan apa yang diulas oleh salah seorang ahli suhakam.

It’s too slow. I think we tend to react to difficult situations by getting all excited and coming up with beautiful suggestions but after that, there’s no follow-up and things die down,” says Commissioner Dr Chiam Heng Keng.“It’s like after they found the body, all the excitement died down and they’re not doing anything any more, as if there’s no need to react any more - end of story.”Chiam believes that if the NURIN Alert had been in place at the time of Sharlinie’s disappearance, the probability of recovering the child would have been much higher.“Although it’s no guarantee that Sharlinie would be found immediately, the chances would have been much higher.“We can’t wait for another child to be abducted before they (the authorities) take concrete action.”

Saya bukan mahu mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa dalam menangani isu ini. tapi apabila isu ini berulang kembali setelah kematian adik Nurin maka kita boleh memikirkan apa sebenarnya terjadi kepada Polis kita. Saya merasakan sudah sampai masanya kita menggunakan kekuatan Tentera dalam menangani isu ini dan juga kekuatan rakyat Malaysia. Jangan kita tunggu ahli keluarga kita terkena baru kita ingin kelam kabut mengambil tindakan. Teringat saya satu peribahasa lama sudah terhantuk baru tergadah. Agaknya berapa kali hantukan yang membolehkan selepas kita terngadah kita akan mengambil tindakan yang benar-benar proaktif untuk memastikan perkara yang menyentuh hati ini tidak berulang lagi. Akhir kata apa yang saya inginkan bukan untuk mempertikaikan atau menyalahkan sesiapa namun saya berpendirian dan saya yakin seluruh rakyat malaysia juga, kami inginkan hidup yang aman damai tanpa ada perasaan takut dalam diri lebih-lebih lagi apabila memikirkan pewaris kami yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan negara.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger