Complain, Di Mana Penghujungnya?

   
Sunday 6 January 2008


Salaam Ukhuwah kepada semua pembaca

Di Doakan agar anda semua sentiasa berada di dalam kemanisan iman hendaknya dan diharapkan juga agar alunan zikir yang mengiringi pembacaan anda akan sentiasa mendekatkan anda kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Saya pasti dan percaya ada ketikanya dalam hidup ini kita tidak dapat lari dari keadaan yang menganggu emosi dan perasaan kita. Apabila kedua-duanya terganggu maka reaksi yang kita akan tunjukkan bergantung kepada sejauh mana pula kita dapat menerima apa yang menguji kita. Salah satu cara kita berreaksi adalah dalam bentuk komplen dan rungutan. Saya pasti setiap hari ada sahaja komplen dan rungutan yang keluar dari mulut kita jika kita menghadapi keadaan yang tidak selari dengan apa yang kita mahukan. Bukan anda sahaja malahan saya juga akan bersikap demikian. Tapi apakah komplen dan rungutan itu akan menjadikan keadaan yang kita alami menjadi baik. Jika kena tempat dan caranya ianya akan mampu merubah suasana tapi kebanyakannya sebenarnya membuang masa dan tenaga kita.

Menurut Will Bowen pengarah buku A complaint Free World "Complaining is focusing on what we don't want...and what we focus our attention on expand". Ini bermakna kita ingin mahukan semuanya selari dengan apa yang kita inginkan. Secara logiknya, ianya tidak akan berlaku. Walaupun kita adalah orang yang berkuasa di dunia. Tanyalah si George Bush sendiri, Berapa banyak keinginannya masih belum diperolehi. Tidak perlu bertanya keinginan yang personal. Iraq sahaja sudah menjadi bukti apa yang diinginkan tidak sama dengan apa yang diperolehi. Sudah tentu setiap hari orang-orang dibawahnya akan mendengar komplen dan rungutannya.

Lihat sahaja dengan contoh-contoh mudah disekeliling kita. Paling dekat kepada mereka yang sudah berkeluarga. Tentu ada sahaja komplen dari pasangan masing-masing apabila sesuatu yang tidak kena berlaku dan adakala akibat perkara-perkara yang kecil ianya merebak dan jika tidak dikawal boleh meruntuhkan rumahtangga. Selalunya perkara-perkara sebegini berlaku dimulakan dengan perkara yang kecil. Misalnya si suami sering sahaja malas membantu isteri membuat kerja rumah. Sekali dua mungkin isteri mampu bertahan tapi Jika selalu isteri sahaja yang membuat kerja rumah maka mulalah terkeluar rungutan dari isteri.Apa lagi apabila isteri juga sama-sama bekerja mencari rezeki. Maka apabila suami juga pulak berhujah mempertahankan haknya maka mulalah perang mulut antara pasangan tersebut.

Saya tidak kata kita tidak boleh merungut tapi elok rasanya cara tersebut disesuaikan dengan keadaan. Jika kita merungut lagi-lagi selepas balik kerja. Sudah tentu tenaga kita makin banyak digunakan untuk merungut. Apakata kita senyum dan cakap perkara yang kita inginkan dengan cara yang lembut. Insya'allah pasangan kita akan cair bila kita berperangai sedemikian. Kalau banyak kali kita buat, tak cair-cair juga ambil air simbah sahaja kat pasangan kita..hehe..(saya gurau saja)..Maksud saya kita memang kena berusaha dengan cara yang elok dan berakhlak untuk memenagi hati pasangan kita bukan dengan merungut tidak tentu arah tujuannya. Saya bercakap untuk diri saya sebenarnya. kerana saya sendiri masih juga suka merungut. Tapi yang paling penting dalam berusaha jangan lupa berdoa kerana hanya Allah sahaja yang dapat membantu kita dalam hal ini.

Saya tertarik dengan pendekatan yang diungkapkan oleh stephen R. Covey dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective People, beliau memperkenalkan konsep bulatan pengaruh dan bulatan perihatin. Salah satu sifat orang yang mempunyai bulatan perihatin lebih luas dari bulatan pengaruh ialah sering merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan yang menimpa dirinya. biasanya perkataan yang terkeluar dari orang dari golongan ini ialah, laki aku membuatkan hidup aku tak bahagia, hanya jalan ini sahaja yang aku ada, mereka tidak membenarkan saya untuk melakukannya. Manakala mereka yang mengunakan bulatan pengaruh dengan seluas-luasnya melihat apa yang berlaku kepada mereka ditangani dengan cara yang positif. Mereka yakin dan percaya pasti ada penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi setiap permasalahan. Asal bersifat tenang dan sabar pasti kejayaan menanti.

Contoh yang dipaparkan dalam buku ini juga amat menarik. Dalam satu syarikat yang besar terdapat seorang ketua jabatan yang berbakat,bijak, berdaya maju ,kreatif tapi dia mengunakan pendekatan diktator. Kalau hitam katanya maka hitamlah yang dia mahu jika putih katanya dia tidak akan menerima warna selain putih. Maka ramailah kakitangannya yang merungut dengan perangai ketua mereka. Kecuali seorang pekerja yang mengambil setiap kata ketuanya sebagai cabaran untuknya memperbaiki diri. Setiap kali perbentangan yan dibuat akan ada sahaja perkara baru yang dibawa walaupun mendapat tentangan dari ketua jabatannya. Dia tetap mengambil setiap teguran tersebut dengan positif. Tidak berapa lama kemudian ketua jabatannya mulai menyedari bakat yang ada pada pekerja ini walaupun dia sering sahaja dikritik namun setiap kali perbentangan yang dibuat pasti ada perubahan positif yang dilakukan. Dan Dalam masa yang sama pasti akan ada alasan-alasan yang konkrit dan bernas pada setiap kritikan yang dilontarkan oleh ketuanya. Hinggakan sampai satu tahap ketua jabatan pasti akan bertanya pendapatnya apabila sesuatu perkara ingin dilaksanakan. sungguh berjaya dia merubah suasana. Saya pasti orang-orang sebegini memang ramai diluar sana dan nasihat sya kepada diri saya dan kepada mereka yang masih sering merungut berubahlah. Jangan jadikan suasana yang tenang dan aman menjadi mendung akibat rungutan kita.

Habis bagaimana dengan rungutan ibu-bapa tentang bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah?....Jawapannya Tuan Menteri Pelajaran dah Jawab maka tak payahlah saya jawab...

Akhir kata merungutlah dengan menggunakan pendekatan berhemah dan mulia. Insya'allah api yang marah menyala pun pasti akan padam apabila disimbah air.


Salam Tanpa rungutan dari saya..:)

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger