Kematian, Peringatan Kepada Yang Hidup

   
Sunday 27 January 2008


“Presiden kedua Indonesia, Haji Muhammad Suharto telah meninggal dunia pada pukul 1.10 tengah hari (pukul 2.10 petang waktu Malaysia,” kata seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita.
Siapa pun tidak dapat menduga bila rohnya akan dijemput menemui tuhan yang maha Esa. Tuhan yang telah memberi peluang kepada kita untuk mengenal apa itu dunia. Tuhan yang memberi peluang kepada kita untuk mengecapi semua nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita. Tuhan yang tidak pernah jemu-jemu memberi kita rezeki walaupun kita seringkali engkar dan melanggar segala suruhan yang telah ditetapkan olehNYA. Kita yang dulunya tidak punyai apa-apa semasa dilahirkan dan apabila besar menjadi manusia yang cukup segalanya tapi sering sahaja lupa dimana asal mula kita. Kematian tidak mengenal sesiapa, tidak kira pangkat, rupa atau berharta semuanya akan mati. Yang dibunuh mati yang membunuh pun akan mati. Apa yang ingin sangat kita kejarkan di dunia ini. Semuanya akan kita tinggalkan. Isteri yang cantik, kereta yang mahal, rumah yang besar, duit yang bertimbun-timbun semua akan kita tinggalkan. Apa yang kita bawa hanyalah 3 perkara Amal soleh kita, sedekah kita dan doa anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita. Apakah itu telah kita siapkan sebelum kita mati. Jika belum bermulalah dari sekarang kerana kematian tidak menunggu kita. Semoga kematian ini akan dapat mendekatkan dan mengingatkan kita kepada Pencipta kita.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger