Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1429H

   
Wednesday 9 January 2008


Salam Maal Hijrah dari Saya untuk Pembaca semua,

Didoakan agar anda semua sentiasa berada di dalam kemanisan iman hendaknya.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Kini kita telah melangkah ke tahun baru 1429H. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan bekas kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W
Mungkinkah kita antara umatnya yang terasa akan kehadiran tahun baru ini dengan sebenar-benarnya ataupun hanya merasakan hari ini adalah sama seperti hari-hari lain yang kita lalui. Paling tidak pun adakah kita antara mereka yang memberi ucapan selamat menyambut maal hijrah ataupun kita pula yang terpaku bila orang mengucapkannya dan lantas berkata "dah satu Muharam ker?,tak sedar pulak,rasa baru semalam jer raya".dan jangan sampai ada pulak yang mengatakankan muharram tu apa..bulan haram ker?..
Dalam masa yang sama dengan kedatangan bulan ini maka akan banyaklah aktiviti keagamaan yang dianjurkan untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini namun dalam masa yang sama perlu ada daya usaha yang dilakukan untuk menilai keberkesanan setiap program yang dianjurkan. Jangan hanya gah pada nama dan ahli panel penceramah sahaja. Selepas program tersebut masjid sunyi kembali. Apakah ini yang kita mahukan?Saya tidak mengatakan bahawa majlis tersebut hanya sia-sia malah saya amat mengalakkan malah kalau boleh seperti ingin mewajibkan namun janganlah ianya berakhir dengan kepuasan menganjurkan program dan tidak lebih dari itu. Apakah peranan kita selepas mendengar ceramah dan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. adakah hanya dengan menunggu malaikat turun dari langit baru kita hendak memperbaiki diri dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
Apa yang saya perkatakan di sini sebenarnya merujuk kepada diri saya sendiri dan kepada pembaca semua renungkanlah dan jika ada kebaikan ambillah sebagai pedoman. Kita semua ada peranan tidak kiralah kita orang kecil atau kita orang besar. Jika semua orang berperanan dengan sebaiknya dan menurut apa yang ditetapkan oleh Allah saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh berjaya. Saya yakin dan percaya masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.
Namun sebenarnya cabaran yang lebih besar yang saya rasakan setiap orang berperanan untuk memikulnya ialah bagaimana untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.Hijrah merupakan medium terbaik bagi kita untuk mengorak langkah menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat. Saya lebih suka mengambil pendirian yang paling utama iaitu ubahlah diri dahulu jika kita ingin mengubah orang lain. Islam tidak hanya akan tertegak dengan teori sahaja tetapi tindakan yang jelas mengikut al-quran dan sunnah itu yang akan menjamin kejayaan di dunia dan akhirat.


Selamat menyambut maal hijrah 1429H

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger