Kitakah Yang Tertewas

   
Tuesday 15 January 2008


Salaam ukhuwah buat pembaca semua,

Hari berganti hari. sekarang kita sudah berada dipertengahan bulan januari. jika dihitung bulan islam pula kita kini sudah berada di hari ke 6 dalam bulan Muharram. Bagaimana dengan perancangan dan azam kita. Masih ditakuk lama atau masih lagi di alam mimpi. Masa bergerak tidak mengenal belas kasihan. jika kita ketinggalan keretapi kita mungkin boleh menunggu ketibaan keretapi yang seterusnya namun jika masa meninggalkan kita maka sejarah akan tertulis bahawa kita adalah antara orang-orang yang tertewas. Bagaimanakah perasaan orang yang tertewas? tanya pada diri sendiri berapa kali kita ketinggalan oleh masa hinggakan terkeluar satu peribahasa yang mengaitkan lambat dengan orang melayu "janji Melayu". Maka jangan rasa pelik jika kita adalah bangsa yang terkebelakang dan tertinggal. Berabad lamanya kita menjadi pengguna dalam banyak hal dan kini mungkin kita boleh sedikit mendongak muka dengan beberapa jenama kita yang menembusi pasaran dunia itupun dengan kekuatan malaysia bukan kekuatan melayu. Bertahun lamanya kita merdeka di tanah air sendiri namun berapa banyak tanah kita yang tergadai. berapa ramai Anak cucu kita yang hanya menjadi kuli kepada pendatang asing. berapa banyak syarikat-syarikat asing yang menjadi juara dalam negara kita. Apa yang kita ada, politik dan jabatan perkhidmatan awam. Dasar Ekonomi baru hilang dan karam bersama muatannya. yang tinggal batu nisan sebagai kenangan untuk anak cucu kita. Fikirkanlah wahai bangsa ku ke mana arah tuju kita sebenarnya.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger