Snow Datang Lagi

   
Thursday 3 January 2008







Pertukaran musim saya rasakan begitu cepat benar berubah. Seolah-olah baru semalam rasanya musim panas bermula. Kini saya dikelilingi dengan pokok tanpa daun dan angin sejuk yang sering mengigit kulit. Mungkin sesuatu yang pelik kalau di Malaysia jika ada yang menumpukan perhatian kepada slot ramalan cuaca di television tapi di sini ramalan cuaca merupakan antara slot yang paling di ambil perhatian oleh penonton.Dengan berpandukan kepada ramalan cuaca yang diberikan barulah masing-masing akan merancang perjalanan pada esok harinya. Dalam masa yang sama jangan rasa pelik bila orang di sini yang memuji cuaca yang cerah dengan disertai sinar mentari. Bagi mereka mentari seperti mutiara berharga yang sangat di nanti-nantikan sinarnya.
Tapi kini semuanya jadi samar. Mentari malas benar lagaknya untuk menampakkan diri di kala ini. Mungkin berasa enak diselimuti salji yang mula turun di beberapa kawasan sekitar UK. Cuaca yang sejuk sebegini membuatkan ramai yang mula mengendurkan aktiviti masing-masing.Bagi mereka yang bekerja di awal pagi mungkin sesuatu yang berat untuk bangun dari katil yang empuk. Saya sering sahaja bermalas-malas di pinggir katil seolah menantikan saat musim panas menjelma.
Namun jangan ada yang terperanjat jika melihat kelibat orang berjogging di awal pagi bersama anjingnya. Di sini ianya adalah antara pemandangan biasa di awal pagi. Saya sungguh kagum
dengan orang-orang sebegini, sanggup meninggalkan keselesaan demi sebuah perjuangan. Saya pasti ada sesuatu yang mereka cari di luar sana. Mungkin atas alasan kesihatan atau pelbagai alasan yang mengerakkan anggota dan tubuh agar tidak bermalas-malasan. Orang-orang sebegini yang sebenarnya mempuyai daya juang yang kuat dalam diri mereka. Daya yang kuat atas alasan yang cukup kuat. Begitu juga dengan hidup, Kita memerlukan alasan yang cukup kuat untuk hidup. Alasan yang kuat inilah yang akan menjadi motivasi dan perangsang untuk kita melangkah dengan lebih jauh.
Mengapa ada manusia yang sanggup mendaki gunung, menempuh lautan luas dan pelbagai perjuangan yang merela lalui demi kerana adanya alasan dalam diri. Benar kata pepatah "hendak seribu daya tak nak seribu dalih". Berilah pelbagai peluang dan subsidi tapi jika kita sendiri tiada alasan yang kukuh untuk mempergunakan apa yang ada ke arah memperbaiki diri. Maka menjadilah kita seperti monyet mendapat bunga. Secara sedar atau tidak, di sekeliling kita banyak peluang yang terbentang untuk kita pergunakan dengan semaksimum mungkin. Namun berapa ramai yang menggunakkan peluang yang ada untuk menjadikan diri, agama, bangsa dan negara maju.
Contoh yang paling ketara adalah dasar ekonomi baru yang diperkenalkan. Mengapa sampai ke hari ini dasar tersebut tidak pernah tercapai. Antara silapnya orang kita terlalu pandai yang tidak pandai mempergunakan peluang yang ada. Kontrak yang diberi di"ali baba"kan. tender yang diterima di berikan kepada orang lain. Hanya ingin kemewahan yang cepat dan tidak mahu bersusah payah.
Teringat kata-kata seorang teman "Jalan menuju kejahatan memang mudah tapi akhirnya anda akan kalah tapi jalan menuju kejayaan dan kebahagian memang susah tapi akhirnya anda akan menang. Tidak ramai antara kita yang suka jalan susah sedangkan itulah sahaja caranya untuk mencapai kejayaan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Akhir kata, Apa pun anda buat, apa pun anda lakukan. Yang paling utama anda perlukan alasan yang benar-benar kuat untuk meraih kejayaan.

Kejayaan tidak pernah datang sekelip mata. Jika adapun kejayaan yang datang sekelip mata, sekelip mata juga ia akan hilang. Fikir-fikirkan.


Sekian Wassalam

1 comments:

Anonymous said...

Salaam Ukasyah..

Teruskan usaha anda dalam menulis. Menulis merupakan salah satu cara untuk kita mempertajamkan akal dan fikiran namun jangan lupa setiap tulisan memerlukan pengkajian yang mantap dan pemerhatian yang teliti. Semoga anta berjaya menjadi manusia yang akan merubah suasana dunia ke arah yang lebih baik

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger