Taman Yang DiBerkati
Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan-perbincangan yang mengenai ilmu ketuhanan. Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ''padahal paderi-paderi Kristian''. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya. Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, "Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?" Terdengar ketawa kecil kawannya. "Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi Kristian sendiri ...." Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya, "Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata." Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, "Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya." "Diamlah!" herdik Isabella. "Nanti mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata." "Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?" tanya orang yang bernama Umar. Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan agama. "Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-kata St. Paul itu!" ujar Maaz, demikian nama seorang lagi. Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmi berkata, "Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian, penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu." Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu. "Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan." "Apa yang aku maksudkan," jawab Umar Lahmi, "ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama, hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh mencuri, tidak boleh berzina, tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga, tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan, maka mematuhi perintah-perintahnya juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian daripada agama, malah ia adalah intisarinya yang sebenar. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar, maka orang-orang Kristian boleh mencuri, boleh berzina dan boleh melakukan dosa-dosa lain. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama." Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu. Sambil mengangguk-anggukkan kepala, dia berkata, "Agak aneh. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orang-orang Kristian." "Apa?" Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu. "Tuan juga telah bertanya kepada mereka? Jadi, apa jawaban mereka?" "Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan." jawab Maaz. Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menara masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin yang lain. Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengar percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya. Setelah membuat keputusan itu, dia mengajak kawan-kawannya pulang. Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.
ISABELLA sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian oleh Maulana Mohammad Saeed terjemahan Abdullah Hussain
Sumber dari laman web:http://masjid.phpbb24.com/forum
Isabella
Posted by UKaSYaH.CoM at 16:05 0 comments
Labels: Cerpen
Antara Keletah Anak Dan Karenah Ibu Bapa
Salaam ukhuwah kepada pembaca semua.
Kepada mereka yang berkeluarga dan sudah mempunyai anak. Melayani keletah dan karenah anak-anak merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dilalui oleh ibu bapa. Kalau tidak bijak mengendalikannya kemungkinan akan berlaku perkara-perkara yang kadang kala tidak masuk di akal di mana ada sampai mendera malahan ada yang sampai membunuh anak tersebut nauzubillahillah. Apabila kita renung kembali dan fikirkan dengan serasional mungkin. Mana mungkin kanak-kanak kecil yang baru mengenal erti hidup ini tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka belajar melalui input yang diberi oleh ibu bapa mereka juga pemerhatian kepada persekitaran termasuklah Tv yang saya fikir merupakan medium utama yang menjadi panduan buat kanak-kanak. Ibu bapa pada dasarnya ingin menggunakan Tv sebagai salah satu cara mereka mengalihkan perhatian kanak-kanak dari ibu bapa sementelaah mereka membuat kerja-kerja yang perlu dilakukan. Namun tanpa mereka sedari maklumat yang diperolehi dari TV telah menjadi maklumat penting kepada pengembangan pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Mungkin ada kana-kanak yang bertuah jika mempunyai ibu bapa yang mengawal dan memerhatikan jenis program yang disiarkan di TV. tapi kebanyakanya hanya membiarkan kanak-kanak tersebut menonton tapi ada kawalan yang rapi. Maka jadilah kanak-kanak tersebut lebih berminat kepada idola-idola Tv mereka berbanding ibu bapa mereka. Mana kala ibu bapa yang kini lebih menumpukan kepada aspek untuk mencari rezeki dan kekayaan dalam usaha untuk meemperbaiki tahap hidup menganggap keletah anak-anak seolah-olah hanya beban untuk mereka. Anak-anak sering sahaja dianggap sebagai pelepas segala tekanan hidup. Jika anak-anak tidak mampu membuat apa yang diharapkan maka akan ada habuan sama ada berbentuk tekanan mantel atau fizikal. Ataupun apabila ada sesetengah kehendak anak tidak dapat dipenuhi maka akan ada anggapan bagi sesetengah ibu bapa bahawa anak tersebut mengada-ngada dan sengaja buat perangai. Saya berpandangan bahawa ibu bapa perlu menyelidiki dengan cara yang penuh hikmah mengapa anak tersebut bersikap demikian dan jangan mengambil sikap "jump to conclusion" tanpa mengetahui punca anak bersikap sedemikian. Pernah satu kes berlaku dimana seorang ibu menghadapi anak yang takut sangat untuk memasuki tandas. Apabila hendak diajak mandi sering sahaja menangis atau memberontak.Pada mulanya si ibu hanya memarahi anak tersebut namun apabila perkara tersebut sering sahaja berulang. dia mulai mengesyaki sesuatu.Ini kerana sebelum ketibaan pembantu rumah baru anaknya tidak pernah bersikap sedemikian. Setelah diselidiki rupanya pembantu rumah sering mendera anaknya dan menjadikan tandas sebagai tempat penderaan. Ini merupakan contoh antara berjuta-juta contoh yang berlaku hari ini.Saya tidak mahu menyatakan diri ini serba sempurna. Saya juga banyak kekurangan khususnya dalam pendidikan anak-anak cuma marilah kita bersama-sama mengawal amarah kita apabila berhdapan dengan karenah anak-anak.Mungkin satu perkara yang boleh dikongsikan bersama pembaca, sekiranya anak kita menangis atau melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan maka eloknya banyak-banyak bertasbih. Sekurang-kurangnya kita dapat menghalau syaitan yan cuba menghasut kita dan mengoda anak kita.
Posted by UKaSYaH.CoM at 12:42 0 comments
Labels: Keluarga
Kematian, Peringatan Kepada Yang Hidup
Posted by UKaSYaH.CoM at 21:49 0 comments
Dimana Sharlinie?
Apabila menatap wajah sharlinie, pasti akan timbul rasa kesayuan dihati kita. Gadis kecil yang baru ingin belajar memahami erti hidup tiba-tiba telah dipaksa masuk ke dunia baru yang dia tidak pernah kenali dan tidak dimengertikannya. Dunia di mana dia tidak merasai belai kasih ibu dan pelukan erat ayah. Apakah salahnya sehingga ada manusia yang sanggup mencuri masa depannya. Dia perlu hidup demi untuk ibu bapa dan keluarganya. Mereka masih memerlukan senyum tawa dan kehadirannya. Semua itu sedikitpun tidak pernah menyentuh hati orang yang bertanggungjawab menculiknya dari bumi nyata ke bumi yang sharlinie sendiri tidak pernah kunjungi. Itu hanya telahan saya, namun saya sangat mengharapkan bahawa telahan saya tidak tepat. Saya sangat mengharapkan bahawa sharlinie bukan di culik tetapi hanya tersalah jalan atau terikut orang yang sengaja mengambilnya sebagai kawan. Namun kita mungkin boleh mengantung sebarapa banyak doa dan harapan namun yang pasti semuanya terpulang kepada takdir ilahi untuk menentukannya.
Apabila terbaca kisah sharlinie di dada akhbar saya rasa sedih sebenarnya. Agaknya selepas ini anak siapa pula yang akan menjadi mangsa. Seolah-olah rasa pasrah lebih mengatasi rasa kekuatan untuk beriktihar. kenapa rasa itu boleh timbul?.Ini kerana tragedi dan kes kehilangan anak kecil kerap sangat berlaku dan semacam tiada jaminan dari pihak berkuasa dan keadaan persekitaran untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi. Saya bukan ingin menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Setiap pihak saya pasti bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Begitu juga dengan nyawa anak-anak kecil yang terkorban sebelum ini, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab atas nyawa mereka yang melayang. Saya mengatakan begitu kerana memikirkan bahawa tiada tindakan susulan yang padu diambil apabila sesuatu perkara berlaku. Bukan setakat pihak polis sahaja malahan masyarakat sendiri seolah-olah tidak mengambil pusing dengan apa yang berlaku. Tidak mengambil pusing dalam erti kata mencari jalan penyelesaian yang benar-benar wajar untuk memastikan keadaan tersebut tidak berulang.
Kita boleh menubuhkan GERAK untuk menghapuskan rasuah . Kita boleh menubuhkan PROTES untuk menentang kenaikan harga barang tapi isu kanak kecil siapa yang bertindak?.Saya tidak nafikan bahawa banyak pihak berperanan menangani isu ini malahan isu ini sudah menjadi agenda nasional. tapi mengapa tiada satu jawatankuasa pun dibentuk untuk menangani isu ini.Isu ini adalah isu KESELAMATAN DAN NYAWA. Walaupun NURIN ALERT (Nationwide Urgent Response Information Network ) sibuk dibincangkan tapi mana kesannya. Cuba perhatikan apa yang diulas oleh salah seorang ahli suhakam.
It’s too slow. I think we tend to react to difficult situations by getting all excited and coming up with beautiful suggestions but after that, there’s no follow-up and things die down,” says Commissioner Dr Chiam Heng Keng.“It’s like after they found the body, all the excitement died down and they’re not doing anything any more, as if there’s no need to react any more - end of story.”Chiam believes that if the NURIN Alert had been in place at the time of Sharlinie’s disappearance, the probability of recovering the child would have been much higher.“Although it’s no guarantee that Sharlinie would be found immediately, the chances would have been much higher.“We can’t wait for another child to be abducted before they (the authorities) take concrete action.”
Saya bukan mahu mempertikaikan kewibawaan pihak berkuasa dalam menangani isu ini. tapi apabila isu ini berulang kembali setelah kematian adik Nurin maka kita boleh memikirkan apa sebenarnya terjadi kepada Polis kita. Saya merasakan sudah sampai masanya kita menggunakan kekuatan Tentera dalam menangani isu ini dan juga kekuatan rakyat Malaysia. Jangan kita tunggu ahli keluarga kita terkena baru kita ingin kelam kabut mengambil tindakan. Teringat saya satu peribahasa lama sudah terhantuk baru tergadah. Agaknya berapa kali hantukan yang membolehkan selepas kita terngadah kita akan mengambil tindakan yang benar-benar proaktif untuk memastikan perkara yang menyentuh hati ini tidak berulang lagi. Akhir kata apa yang saya inginkan bukan untuk mempertikaikan atau menyalahkan sesiapa namun saya berpendirian dan saya yakin seluruh rakyat malaysia juga, kami inginkan hidup yang aman damai tanpa ada perasaan takut dalam diri lebih-lebih lagi apabila memikirkan pewaris kami yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan negara.
Posted by UKaSYaH.CoM at 15:49 0 comments
Labels: Jenayah
Kitakah Yang Tertewas
Posted by UKaSYaH.CoM at 21:48 0 comments
Labels: Bangsa Melayu
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1429H
Posted by UKaSYaH.CoM at 20:44 0 comments
Labels: Pembangunan Diri
Complain, Di Mana Penghujungnya?
Habis bagaimana dengan rungutan ibu-bapa tentang bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah?....Jawapannya Tuan Menteri Pelajaran dah Jawab maka tak payahlah saya jawab...
Posted by UKaSYaH.CoM at 18:03 0 comments
Labels: Akhlak
Snow Datang Lagi
Tapi kini semuanya jadi samar. Mentari malas benar lagaknya untuk menampakkan diri di kala ini. Mungkin berasa enak diselimuti salji yang mula turun di beberapa kawasan sekitar UK. Cuaca yang sejuk sebegini membuatkan ramai yang mula mengendurkan aktiviti masing-masing.Bagi mereka yang bekerja di awal pagi mungkin sesuatu yang berat untuk bangun dari katil yang empuk. Saya sering sahaja bermalas-malas di pinggir katil seolah menantikan saat musim panas menjelma.
Namun jangan ada yang terperanjat jika melihat kelibat orang berjogging di awal pagi bersama anjingnya. Di sini ianya adalah antara pemandangan biasa di awal pagi. Saya sungguh kagum
Teringat kata-kata seorang teman "Jalan menuju kejahatan memang mudah tapi akhirnya anda akan kalah tapi jalan menuju kejayaan dan kebahagian memang susah tapi akhirnya anda akan menang. Tidak ramai antara kita yang suka jalan susah sedangkan itulah sahaja caranya untuk mencapai kejayaan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Posted by UKaSYaH.CoM at 19:41 1 comments
Apakah Azam Anda Pada Tahun Ini?
Menjelangnya tanggal tahun baru di seluruh dunia pelbagai sambutan dan perayaan diadakan untuk menyambut ketibaan saat tersebut. Majoriti aktiviti yang diadakan kebanyakannya menonjolkan imej hiburan dan parti hingga ke pagi. Jarang sekali di temui majlis-majlis yang mengajak kita merenung kembali dan bermuhasabah diri tentang tujuan kehidupan ini .jika sambutan tahun baru sudah mengajak kita lalai dan leka dengan dunia. adakah sepanjang tahun tersebut kita juga akan terus lalai dan terleka. Seringkali terdetik dalam hati saya bilakah agaknya majlis-majlis yang boleh dikatakan memartabatkan hiburan secara total dapat dilenyapkan terus dari bumi malaysia yang bertuah ini. Apa untungnya majlis-majlis sebegini dianjurkan. Apakah inikah caranya modal insan yang akan digarapkan ke dalam benak fikiran anak warisan kita. Saya bukanlah menolak hiburan secara total namun fikiranlah wahai bangsaku inikah yang dikatakan kemajuan dan pemodenan. Tidak perlu rasanya memperkatakan kesan jangka pendek atau kesan jangka panjang kerana kesannya mulai terasa saat ini.
Posted by UKaSYaH.CoM at 21:47 0 comments
Labels: Pembangunan Diri