"Itik Bertukar Jadi Ayam"

   
Tuesday 20 November 2007



"Bagaimana mahu pandai cakap melayu" Seorang sahabat bertanya kepada saya.
saya termangu seketika kemudian tersenyum.
Jika dahulu saya tanya soalan yang sama versinya cuma saya ingin belajar bahasa inggeris.
Tapi kini dia ingin mendalami bahasa melayu.
Saya tak tahu apa yang patut dijawab apabila ditanya soalan sedemikian.
Saya bukan ahli bahasa apalagi untuk memberi pandangan tentang bagaimana untuk mahir berbahasa melayu. Saya teringat satu peristiwa yang masih basah dalam ingatan ketika saya menghadiri satu pameran pendidikan yang dianjurkan oleh kerajaan New Zealand di Mutiara Hotel Johor Bahru. Saat itu saya cuba bertanya soalan berkenaan peluang pendidikan di New Zealand. Saya yang pada masa itu masih merangkak-rangkak hendak berbahasa inggeris mencuba juga bertanya walaupun "menyalahgunakan" bahasa inggeris. Saya gunakan istilah "menyalahguna" kerana saya betul-betul telah menyalahgunakannya.

"Hello miss, How old are you?".Tanya Saya.
Perempuan New Zealand tersebut tercenggang.
Why did you ask me about my age?
Saya lagi tercengang.
"No..no not..i mean are you Ok?" Saya mula mengelabah.
"Salah ker soalan aku". Getus hati saya.
Sebenarnya pada masa tersebut saya ingin tanya awak apa khabar.
Tak tahu macam mana boleh tersasul tertanya umur pulak.
"Yeah i am fine thank you. How can i help You?"
Dia mula berbahasa." Is there any particular course that you would like to know more?"." we offer a variety of courses such as engineering, bussiness and accountancy, and plus our tuition fee are much cheaper price compared to UK and US".
"Sudah, apa pulak minah mat saleh ni tanya, satu haram pun aku tak faham".
"Yeah.yeah i know".itu sahaja yang mampu saya jawab.
"What do you know?". Dia membalas
Saya terkebil-kebil macam ayam berak kapur kat situ.
"Satu percubaan yang baik". tiba-tiba minah mat salleh berkata lantas tersenyum lebar.
"Apa? awak tahu cakap melayu". Balas saya.
"Kenapa awak tak cakap awal-awal yang awak pandai bahasa melayu". Tambah saya lagi.
"Habis awak tak tanya awal-awal". Minah mat salleh ni menjawab sambil tersenyum
"heee..rasa nak picit jer awak.".Balas saya sambil tertawa
"What? you want to squeeze me". Dia tergelak besar.
Selepas itu kami berbual panjang al maklum itik dah bertukar jadi ayam.
Jika sebelum ini perbualan antara ayam dan itik tapi kini "itik sudah tukar jadi ayam"
Maka mudahla jadinya. Paling saya tak lupa kerana seronok berbual sampaikan saya tanpa segan silu meminta wang new zealand sebagai kenangan tapi agak malang kerana minah mat salleh ni tidak ada duit kecil. Jika diberi juga alamatnya terpaksalah dia berkampung kat malaysia. Itu antara kenangan yang mengeletek hati saya semasa mula-mula belajar bahasa inggeris.
Sekarang ini pun tengah belajar juga.Alhamdulilah adalah sedikit peningkatan. Takder la sampai menyalahgunakan perkataan inggeris. Bila terkenang sahabat yang ingin belajar bahasa melayu saya teringat satu kajian yang dilakukan oleh pakar dari eropah kalau tidak silap saya yang menunjukkan bahawa mereka-mereka yang mahir dalam banyak bahasa akan kurang risikonya untuk menjadi nyayuk apabila tua nanti disebabkan otak mereka bekerja lebih banyak berbanding mereka yang mahir satu bahasa sahaja.
Satu kajian yang menarik untuk difikirkan.Maka selepas ini mari kita ramai-ramai belajar bahasa yang kita tidak mahir seperti bahasa arab, bahasa inggeris dan lain-lain lagi. Kata orang bahasa menunjukkan bangsa. Cuma saya agak terkilan sedikit sebab tidak dapat mempelajari bahasa jawa dengan baik. Walaupun saya berketurunan jawa namun disebabkan emak saya orang melayu kami jarang bercakap jawa di rumah.maka meloponglah saya jika ayah saya membawa saya berkunjung ke runah rakan jawanya. Sedih sebenarnya. Jawa tapi tak tahu cakap jawa. ada sekali saya cuba cakap jawa tapi di gelakkan oleh ahli keluarga saya kerana tersalah cakap.... Namun yang paling penting sekarang ni saya sedang berusaha jadi ayam yang benar-benar pandai cakap english supaya kelak tak digelakkan oleh ayam English..ayam..ayam...:)


0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger