Keadilan dan Persamaan Hak

   
Thursday 22 November 2007


Topless swimmers make waves in Sweden
Wed Nov 21, 10:35 PM ET
STOCKHOLM, Sweden - A group of Swedish women is making waves by taking their tops off at public swimming pools in a protest against what they call gender-biased rules on swim wear.
About 40 women have joined the network and staged topless protests in at least three cities, said Sanna Ferm, 22, one of the founders of the group called Bara Brost, or Bare Breasts.
"The purpose of the campaign is to start a debate about why women's bodies are sexualized," Ferm said Wednesday. She said the fact that men can be bare-chested in public swimming pools but not women is "a concrete example of how women have fewer rights than men."
Reactions from other swimmers have ranged from support and encouragement to anger and even indifference, she said.The network was formed after two women who were swimming topless in a public swimming pool in Uppsala, north of Stockholm, were asked to cover up or leave.Women can sunbathe topless in the summertime at beaches around Sweden, which is known for its relaxed attitude toward nudity, but they are required to wear tops at public swimming pools.Inger Groteblad, a manager at the swimming facility in Uppsala, said it was a matter of security."We want to make sure that girls don't get subjected to sexual harassment," she was quoted as saying by tabloid Aftonbladet.The women have filed a complaint against the facility to Sweden's Equal Opportunities Ombudsman.

"Kami mahu persamaan hak". Itulah antara intisari penting yang terkandung dalam berita di atas. Saya pasti setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Namun apa yang ingin saya bentangkan disini mengapa islam sendiri sebenarnya memperjuangkan hak wanita walaupun pada zahirnya seolah-olah mengenepikan hak dan keistimewaan mereka. Tidak menjadi sesuatu yang pelik pada era moden ini jika ada di kalangan wanita islam sendiri mempertikaikan segala peraturan yang telah ditetapkan dalam Al-quran walaupun mungkin tidak secara terang-terangan di Malaysia ini namun kita dapat lihat di mana-mana perempuan-perempuan muslim tidak menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Mengapa menutut aurat itu penting?. Tidakkah dengan larangan untuk mendedahkan aurat seolah-olah telah mengenepikan hak wanita untuk memperlihatkan apa yang mereka rasa perlu dipertontonkan?.

Analogi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian adalah seperti berikut. Jika anda pergi ke kedai-kedai menjual emas atau barang-barang berharga. Sudah tentu akan ada perbezaan dari segi tempat penyimpanan barang. Maksud saya jika barang-barang yang mahal harganya sudah tentu diletakkan di dalam tempat yang agak selamat berbanding barang yang murah dan dalam masa yang sama barang yang murah sudah tentu senang dicuba dan boleh dilihat secara terus oleh pembeli. Berlainan dengan barang yang mahal harganya, sudah tentu si penjual akan tanya atau melihat siapa yang ingin melihat barang tersebut jika orang yang ingin membeli barang tersebut dari kalangan orang biasa sahaja penampilannya sudah tentu si penjual akan memberi pelbagai alasan. Mungkin ada sesetengah penjual yang buat tak layan sahaja. Begitu juga dengan Islam, Islam sangat memandang wanita sebagai golongan yang amat berharga dan tinggi nilainya. Maka dengan peraturan-peraturan yang melarang wanita untuk mendedahkan aurat, secara tidak langsung telah memelihara maruah dan harga diri wanita.

Apabila berbicara tentang soal persamaan hak, perkara lain yang akan berkait dengan perkara tersebut adalah konsep keadilan. Keadilan dan persamaan umpama aur dan tebing iaitu 2 perkara yang tidak mungkin dipisahkan. Namun Masih ramai yang keliru dengan definisi keadilan itu sendiri. Ramai yang mentakrifkan keadilan sebagai kesamarataan atau dengan bahasa yang mudah jika Si A mendapat RM2 maka Si B pun mesti mendapat RM2. Tapi bagaimana pulak jika Si A adalah orang yang kaya,harta melimpah ruah manakala si B pula papa kedana dan hidup melarat. Adakah adil namanya andai kita Memberi RM2 kepada Si A Dan Si B. sudah tentu ianya tidak adil Kerana adil menurut Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Makanya Si B perlu di beri bantuan lebih dari Si A.

Saya tertarik dengan isu yang telah dibangkitkan semasa perhimpunan agung UMNO yang lepas berkenaan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada semua rakyat dimana ada pandangan yang meminta supaya subsidi ini dikaji balik kerana ianya tidak memberi kesan yang adil kepada pengguna yang miskin disebabkan subsidinya diberi kepada semua. Sebenarnya saya sangatlah gembira mendengar komen tersebut walaupun tidak pasti bila akan dirasai kesannya jika ada sebarang perubahan positif terhadap perkara tersebut. Cuma apa yang diharapkan sangat bahawa pandangan tersebut bukan cakap-cakap kosong perwakilan untuk meraih perhatian khusus pengundi, menjelang pilihanraya umum yang akan di adakan bila-bila masa sahaja.

When my arms can’t reach people close to my heart.I always hug them with my prayers.May allah’s peace be with you all.

1 comments:

Khalifah said...

I agree with the Swedish Women. They should have equal right.
Those days when people were less civilised, the women did not wear bra. There was no harm done. Yes, remove your bra sisters.
Later you will demand the man to give birth.

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger