Warkah Buat Pembaca

   
Monday 26 November 2007

Salaam ukhuwah,

Pertamanya, syukur saya ke hadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah rahmat dan kasihnya saya masih diberi peluang untuk menghirup udara segar bumi ini dan dalam masa yan sama masih diberi kekuatan untuk menulis diruangan ini. Saya memohon maaf kepada mereka yang masih sudi melayari blog saya walaupun sudah beberapa hari saya tidak menghantar kiriman untuk blog. Walaupun saya maklumi tidak ramai yang mengunjungi blog saya. Namun berdasarkan kiraan yang dipaparkan di dalam blog saya. Saya pasti setiap hari paling kurang 5-6 orang yang membuka blog saya.

Pada mulanya saya begitu teruja untuk memiliki blog sendiri. Teruja nempunyai pembaca tetap saya sendiri. Teringin untuk menjadi seperti orang lain yang popular hanya disebabkan oleh blog yang mereka miliki. Namun apa yang saya harapkan tidak seperti dirancang, saya mulai menyelidiki kembali niat saya untuk mempunyai blog sendiri. Selama beberapa hari ini saya cuba menyelami hati saya sendiri. Adakah penghormatan manusia yang saya cari selama ini. Jika benar maka segala yang saya paparkan di dalam blog saya selama ini adalah topeng belaka bukan dari hati saya sendiri. Saya sedari dan insafi kekurangan diri. Saya mula mengadu pada Allah atas lemahnya diri.

Para pembaca sekalian, saya mohon maaf sekali lagi atas kekurangan diri. Saya cuba memperbetulkan kembali niat di dalam hati. Mohon doa dari pembaca semua agar hati ini tidak tersasar lagi. Semoga pengisian selepas ini benar-benar dari hati yang tulus suci. Semoga Allah sentiasa memandu diri. Dalam perjalanan mendakap kasih abadi.

P/S: Kepada pembaca sekalian saya akan cuba sedaya upaya untuk meng"update" laman blog saya sekerap mungkin. Namun atas pendirian bahawa setiap sesuatu kiriman itu perlu diteliti kandungannya sebelum dipaparkan saya mohon agar pembaca tidak jemu-jemu mengunjungi laman saya atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sekian salam ukhuwah kerana Allah.

0 comments:

 
Copyright  © 2007 | Design by uniQue             Powered by    Login to Blogger